? ??????????????Live, Love, Laugh? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (6 Ratings)??45 Grabs Today. 10790 Total Gr
abs. ??????Get the Code?? ?? ???????????????????????????Bass Drop? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (34 Ratings)??44 Grabs Today. 4515 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Subtle F BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, October 14, 2009

First Day

Dah lama tak menulis.Hehe.Sekadar nak cerita pasal macamne mendaftar keje ritu.penatnye Allahje yg tahu.Pagi2 terpaksa bgn awl dr biasa sbb nak jumpe pak halim dulu nak mintak pengesahan sijil. sekalitu dtg2 pak halim xde.sib baik cikgu hamidah yg ajar time sek ren ade. last2 mintak kat diaje. habisje pengesahan sijil, leong telefon kata pendaftaran dah start.punyela kalut tak tahu nak ckp macamne.dapat amik taxitu plak dia ikt jln jauh plak.bila sampaije jkn, rupenye relaxje.sabarjela.leong rupenye salah msk bilik.huhu.lepas ke jkn,pg bhg farmasi plak.skali dgn lg sorg dak usm.skali bila pg,ktorg xsama hosp.maka terpksela tunggu lg sorg dak usmni yg sama hosp sbb dia bukan org sini.sambiltu sempatle beli kasut br .hehe.banyaknye borg tak lengkp.terpkse g bank n kwsp dgn kaki kami.maka mengomellah kawan yg sorgtu sbb rase cam nak tercabut kakinye.hehe.kite pon sakit kaki sbb pakai kasut baru tp sajeje tunjuk relaxje.haha.then after kwsp,kitorg g bhg fmc balik lps solat ngn lunch.then g hospital plak.sib baik famasi kat situ bawak jln sktje.kalo x mau nangis.huhu.after tu trus balik.tunggu bus pnye lame.balik umah trus syahid.hehe.the nx day tu dh trus keje.sib baik enforcementje.xbnyk keje.dtg2 trus dbwk ke open house.hehe.rezeki...

Friday, August 21, 2009

Pengalaman satu hari jadi cikgu.

Hari Selasa aritu kira macam bersejarah gak lah. Sebab dapat offer jadi cikgu bidan terjun kat area Sunny Point tu balik dr keje ra sebab kawan xdapat datang. Masa dia kol soh ganti dia tu taktau pulak nak kena buat apa. Sib baik cikgu dua orang. Kak wardah la yg bagi arahan banyak2 sbb tak reti menjerit sgt macam cikgu. Tugas kami mudahje. Hanya bantu budak2 sekolah buat keje sekolah yang mana diorg tak faham tu kenela ajar. Ingatkan macam tutor biase. So mula2 tu bahasakan diri akak jela. Sekali tu ’’ustazah, saya nak balik ni“,“ustazah, ustazah tau tak macam mana nak hafal sifir macam yg ustaz hari tu ajar“, ustazah nak itu dan nak ini. Berpusing-pusing gak nak layan. Tak pasal2 jadi ustazah free. Hehe. Ada satu student darjah lima ni kesian dia. terpaksa ajar satu2 pasal sains, kesan haba terhadap penguapan then takat didih air sebab dia tak faham bahasa inggeris. Budaknya rajin bawak buku latihan tapi sbb tak faham bahasa inggeris satu soalan amik masa satu jam nak buat. Kene fokus je kat dia. Susah jugak jadi cikgu ni. Mungkin tu lah sebabnye kalau nak berjaya kena dapat keredhaan dari guru dulu. Erm. Moga dapat g peluang lagi tuk jumpa budak2ni lagi.hehe

Monday, August 17, 2009

Convocation Day continue

doraemon dr junior. Cam tahu2 je I minat doraemon. Hehe

From my sempai kak sarah. Thanks kak.

Thanks for the cake

From my junior-ni kotak hadiah. Creative jugak adik2 sayani.
From tidah-my ex-roomate
From my junior-ni kotak dalam dia। Cantik kan?

Sunday, August 16, 2009

Convocation Day (13 August 2009)

Dengan junior2 Pharmacy


Dengan sahabat PMI

Dengan Izzati n Ain

Dengan Junior & friends

Dengan umi & abi

ALhamdulillah। Akhirnya dapat juga saya bergradute in Bachelor of Pharmacy. Macam tak caya je dh abis. Umi abi pon tak caya anak diorg dah besar dah.hehe. rasa macam mimpije dah graduate kat usm. Punyela tak larat nak membaca untuk subjek farmasi, Alhamdulillah Allah takdirkan untuk bergraduate. Terima kasih untuk semua lecturer yg ajar saya farmasi. Jasamu akan tetap dikenang. Thanks juga untuk junior2 angkat (Izzat, Faizal, Din & dayah)yg sabar menunggu kat luar dewan dengan gifts and flowers. Thanks also for the delicious ice cream. P/s: Akhirnya merasa jugak ada junior perempuan sorang dlm family angkat farmasiTerasa macam artis je asyk kene bergambarje. Letih memang letih. Tapi tu semua tak jadi masalah.

Thanks to my ‘sempai’ kak sarah yg bg bunga walaupun dtg lambat. Saya gurau pon dpt bunge lagi. Hehe. Here are some of the pictures of gifts and family.
Terasa sedey sbb xdpt take pictures with my best friend awanis time convo & lepas ni taktau la bley jumpe kengkawan lagi ke tak sebab sume dh ikut haluan masing2।:(







Tuesday, July 21, 2009

Advantage of not having Lovers:)

1-save time and money.
2-Can sleep well and not tense
3-Dont' have to think about miss calls and no xtra sim card.
4-Dont' have to worry at how u look
5-No SMS in mid nite
6-No need to recharge everyday and save electricity.
7-Can talk with anybody without worried.
8-Go anywhere with anybody coz no need to accompany him/her.
9-Live become peace and enjoy

p/s:This msg I got from my sempai.Is it true?

Sekadar berkongsi Rasa

Salam.dah lama tak update blogni.Alhamdulillah Allah masih benarkan hambaNya ini bernafas di bumi Allah yang indah ni.Semalam tamat dah baca cerita Ikrimah bin Abi Jahal.Alangkah mulianya beliau sesudah merasai kenikmatan Islam.Bagaimana beliau yang dahulunya sanggup memperjuangkan hartanya untuk menentang Muhammad setelah mendapat hidayah sanggup memperjuangkan harta dan nyawanya demi memelihara agama islam dan nabi Muhammad. Mungkin pada awal kemasukannya dalam Islam beliau ada sedikit tersinggung dgn kata2 penduduk Mekah mengenai beliau yg merupakan anak Abu Jahal yang semestinya bersifat seperti Abu Jahal tp itu tidak menyebabkan beliau terus menghayun pedang ke atas mereka yang mengatakan sedemikian seperti sblm beliau mndapat hidayah.Beliau merupakan panglima yang digeruni pada zaman itu.Beliau juga merupakan panglima tentera dalam menyokong pemerintahan Abu Bakar dan memerangi kaum2 yang murtad serta nabi2 palsu setelah kewafatan nabi Muhammad. Alhamdulillah, hampir semua nabi2 palsu tersebut dapat ditewaskan oleh tentera Islam di bawah pimpinannya dan beberapa org panglima perang yang lain seperti Khalid Al Walid.Harapannya cuma satu,mati syahid di medan jihad dan hajatnya itu dimakbulkan Allah sewaktu beliau menjadi tentera berani mati bersama 400org Islam yang ditubuhkan beliau ketika menentang kerajaan Rom.Walaupun mendapat tentangan dr Khalid AlWalid kerana pada ketika itu tentera Rom mempunyai bilangan yang ramai tapi beliau tidak berganjak dengan keputusannya dan tentera yang ditubuhkannya itu berjaya mengalahkan tentera Rom dan beliau gugur sebagai syuhada'

Thursday, June 11, 2009

Tahniah Tina& Hafiz


Tahniah Hafiz&Tina sbb dpt baby girl yg sangat comel. Nilah baby tina& hafiz.Nama dia nur nadia nafeesha.Best2.Tapi tak sempat lagi tengok.Jauh sangat kat Terengganu.Haha.dah jadi makcik da kami.Moga nadia menjadi anak yg solehah dan berbakti pada mama+papa dia.

Monday, June 8, 2009

Untukmu Sahabat

Sahabat
Terima Kasih untuk segalanya
Kerna Kau menjadi pendengar setia
Mendengar luahan rasa
diri yang tidak seberapa
Menjadi penghibur diri
Saatku berduka
Memberiku semangat
Di kalaku putus harapan
Walaupun adakalanya diri ni sirna
Membuat dirimu terluka
Dgn kataku yang berbisa
namun kau tetap setia
menerimaku seadanya
Maafkan diriku wahai sahabat
andai diriku khilaf
Untuk kesilapanku yang tak terkira banyaknya
Semoga persahabatan kita kekal selamanya
Kerna sukar untuk kucari
Sahabat semulia dirimu
sampai bila-bila.

Alhamdulillah

Alhamdulillah.Bersyukur sangat saya.Nak tahu nape?Seronok sangat umi ngan abi dapat tunaikan haji tahun ni. Bermakna umi and abi g haji umur 44 thn.Tak sia2 org panggil abi haji kamal.Walaupun abi tak g haji lagi org panggil abi aji.Tapi yg tak best terpakselah menjaga adik2 kat umah n memberanikan diri pegang stereng.kalaulah dapat kete auto kan senang.smoga sempat beli kete auto.Cik Yam SPM tahun ni,alamat susah sket nak control adik2 yg lelaki ni.Harapnya Cik Esah n hubby balikla cuti bulan 11 ni.Ade drebar n tukang masak.Jangan marah ye huzai n asha.Balikye korang.Practice.Hehe.Sonang sket kojo den.

Wednesday, June 3, 2009

BeRiLaH KemaAfan WalauPun Ia Pahit



Berilah kemaafan jika kawan engkau melakukan sesuatu kesalahan terhadap kau. Dan apabila engkau telah memberi maaf, bererti engkau telah menurut sifat-sifat rasul dan Anbia serta Tuhan sendiri pun ianya amat pengampun dan mengasehani. Ucaplah dengan perkataan yang paling ringan dan amat sederhana tetapi berharga bahawa".aku memaafkan kau"Untuk menegak pergaulan hidup sehari-hari agar teguh dan kukuh seharusnya kita mesti memiliki sifat rela memberi kemaafan dan keampunan terhadap kawan-kawan ataupun lawan kita yang melakukan kesalahan itu. Kerap kita bertemu ada orang yang sentiasa berkelahi dan bermusuhan sepanjang masa,tidak pernah bertegor sapa antara satu sama lain. Sebab sambong bersambong, kait berkait hingga beberapa lama tidak kunjung hilang dan padam permusuhan itu ialah oleh orang itu miskin dengan sifat " HATI YANG LEMBUT" . Oleh tidak ada hati lembut inilah pula kadangkala kesalahan yang kecil berbunga dan besar hingga berlanjut musim pula bagaikan api dalam sekam. Sebenarnya bukanlah rugi kita menjadi sebagai seorang pemaaf. Kerana memberi maaf itu adalah sebagai kita memberi ubat pada hati yang sakit. Barangkali dengan jasa baik kemaafan itu akan menjadi kawan kita lebih setia dalam pergaulan, lebih kukuh tali persaudaraan tersimpul kerana memberi maaf itu bukanlah satu soal kecil atau main-main dalam membina persahabatan yang teguh kukuh. Dalam hidup ini biarlah kita banyak memberi maaf dari menyimpan rasa benci dan marah terhadap seseorang. Kerana kemaafan belas kasihan ucap kata-kata baik itu adalah ajaran Tuhan. Sedang api kemarahan dan benci itu adalah ajaran Syaitan terkutuk yang menjelma dalam tubuh manusia yang sedang marah.Oleh tidak ada sifat maaf inilah kadang-kadang terjadi sesuatu perkara yang kecil telah menimbulkan kemarahan yang besar dalam dada. Sedangkan perkara itu boleh jadi dilakukannya dengan tidak sengaja oleh kawan-kawan kita. Jadi dengan perkara-perkara kecil yang terjadi hendaknya biarlah dengan mudah dan senang kita memberi maaf dan biarlah sifat pemaaf itu tetap subur bermukim dihati. Kemaafan adalah suatu perkataan yang amat berharga dan tinggi nilainya. Ada orang berkata bahawa hanya dengan kemaafan itu saja yang sanggup memanjangkan umur cinta dan mengamankan sebuah masyarakat seperti dalam pepatah
" KEMENANGAN DAN KEMEGAHAN BUKAN SAJA TERLETAK PADA KESANGGUPAN MEREBAH LAWAN TETAPI DAPAT MELAWAN KEMARAHAN HATI ITU JUGA SUATU KEMENANGAN YANG AMAT BERERTI ". ( WALLAHUALLAM)
(MUTIARA HADIS) SESEORANG HAMBA MANUSIA BERKATA, HARTAKU, HARTAKU PADAHAL HARTANYA YANG SESUNGGUHNYA HANYA TIGA MACAM. Pertama APA YANG DIMAKANNYA LALU HABIS, Kedua APA YANG DIPAKAINYA LALU LUSUH. Ketiga APA YANG DISEDEKAHKANNYA LALU TERSIMPAN DIAKHIRAT. SELAIN DARI YANG TIGA MACAM ITU LENYAP ATAU TINGGALKANNYA BAGI ORANG LAIN. (PETIKAN RIWAYAT SAHIH MUSLIM

Wednesday, May 27, 2009

perubahan diri saya

salam.hari tu saya berbual ngan awanis,kawan baik saya kat usm.saya kata saya dulu pemalu dan pendiam.tapi awanis tak percaya.saya sendiri pon tak percaya.tapi memang itulah hakikatnya. Terima kasih pada kengkawan kat usm yg selalu push jadi leader.sekarang jadi berani.dulu kat sekolah org tak kenal pon.org kenal saya pon sbb saya baik ngn org y famous
(pen ketua murid n atlet sekolah).in fact ade batch sendiri ingt saya form 4 baru padahal duk sekolah tu dr form 1 lagi.kat sekolah pon org gelar bdk pompuan al-ahzan yg paling senyap skali.iye ke?haha.rasa pon tak caya.sekrg memang peramah sungguh.tapi rasenye dgn awanis je kot.hehe.jangan marah awanis

Tuesday, April 28, 2009

Selamat Tinggal Buat Teman

Sayu rasa hati arini last paper ana.Tak sangka tadi paper terakhir ana sebagai pelajar USM.Lepas ni dah nak keje dah. Mungkin lebih banyak cabaran lagi2 dalam nak kekalkan diri dalam tarbiyyah and mencari org yg betul2 sefikrah.Petang Tadi berjumpa dgn junior satu kos.Kami memang baik dan adakalanya ana lebih selesa berkongsi rasa dengannya mungkin sbb kami sefikrah.Sayu rasanya nak berpisah lebih2 lagi td dia sanggup menemani ana makan+bersolat bersama+berkongsi rasa tentang pengalaman.ADakalanya malu ana dgn dia sbb dia lebih thiqah dari ana.Terima kasih dik farhana sbb sudi teman akak tadi and paling tak boleh lupa kata2 dia bila ana katakan macamna kalo kita susah nak maafkan apa yg org buat kat kita. Senangje'Pikirkan kebaikan org dan lihat balik keburukan kita'.Mendalam sungguh maknanya dan buatkan ana berfikir sejenak.Moga ukhuwwah yang terbina berkekalan.Thanks juga dik mastura,ayuni,husna,mazni,finaz and sufi for menerima akak seadanya and berkongsi ilmu dgn akak.

Friday, April 24, 2009

Rindu Asha

Alhamdulillah.tinggal lagi satu paper.rindu sama asha aka esah.Huhu.Camne la rupe dia sekarangni....Dah kawen dah adikku sorangni.Dah tak boleh kacau2 dah.Kalau dulu boleh lah nak men2 time baik umah sekarang dah jadi isteri orang susah sketla.Kami macam tak sangka da diam xdiam dah nak setahun dah dia kawen.huhu.Adikku yang matured.Hehe.Kakaknye je yang tak matured lagi.Haaha.Jangan jealous kalau mak mentua dia pon ingat dia yang sulung.Hehe.Jangan marah asha.Rindu sma kamu...Walaupun kalo jumpa xle kalo xgaduh.Hehe.Gaduh2 manja.

Saturday, April 18, 2009

kenangan


tetiba rase rindu nak jadi budak kecik balik.seronoknya dpt buat ape2 org tak marah.bila ingat2 balik,kecik2 nakal gak,sampai terkenal seantero kampung dengan kenakalannya.masa kecik pernah rosakkan barang orang tak marah,sekarang nak usik barang org sikit,dh merah dah muka org tu.nak tengok kartun depan tv dulu2 best je xde org nak berebut tv dgn kita. Sekarang kalau nak tgk kartun mesti org kata tak maturednye kamu. Dunia kanak2 ni indah.Berkawan je dgn sesiapa.Kadang2 berlainan bahasa pun masih boleh faham.Umi pernah ceritakan dulu ana ada kawan dr negara China namanya Usamah.Kami baik.Walaupun kami masing2 cakapnye berbeza,tp kami seolah2 faham antara satu sama lain.kami bermain bersama sambil bercakap bahasa yg berbeza,Usamah bercakap dgn telo Cinanya ana bercakap Melayu saat umi bawa ana g usrah.Sekarang bila dah dewasa,nak berkawan dgn org yang sama bahasa pun payah.susah nak memahami seseorg.Kadangkala kita berusaha untuk menghiburkan hati org tu tapi org tu pikir lain plak.Kan dah susah.Sepatutnya sebagai seorg Muslim kenalah sentiasa bersangka baik.Barulah harmoni masyarakat tu.

hikayat batch 05/09


HIKAYAT NEGARA TIGA PURA KAYANGAN.
Arakian tersebutlah kisah satu negara yang dinamakan Negeri Tiga Pura Kayangan. Adapun negeri ini terkenal dengan kemakmuran dan keamanannya di bawah pemerintahan Sultan Imran Syahbana. Hatta, rajanya merupakan seorang pemerintah yang adil serta saksama dan disayangi oleh sekalian rakyat jelata. Pemerintahan raja ini dibantu oleh seorang bendahara perempuan yang berdedikasi dan bijaksana digelar Tun Fathimah Setia. Adapun tugas bendahara ini meliputi kebajikan rakyat termasuklah menyampaikan sebarang maklumat kepada sekalian rakyat. Dikatakan di negeri ini terdapat seorang pemegang perbendaharaan Negara yang baik hati dikenali sebagai Tun Fhasliana Kurnia. Adapun tugas Tun Fhasliana ini adalah mengutip segala cukai bulanan dari setiap rakyat termasuk baginda sultan.

Hatta, semua urusan pemerintahan Negara diuruskan oleh kaum perempuan memandangkan Negara ini kekurangan kaum lelaki. Di dalam Negara ini terdapat dua orang yang dipertanggugjawabkan untuk menjaga pelabuhan dan membuka pintu pelabuhan kepada pedagang untuk berdagang di negara ini iaitu Dato’ Syahbandar Hanani Kenanga dan Dato’ Syahbandar Afif Perwira. Arakian juga di Negara ini terdapat 8 orang puteri diberi nama Tengku Intan Baiduri, Tengku Suhada Sejinjang, Tengku Aimi Cendana, Tengku Rabiatul Permata, Tengku Nilam Fauzana, Tengku Ida Kirana, Tengku Sarah Selindung Bulan dan Tengku Syafiqah Delima. Kecantikan puteri-puteri ini digambarkan seperti rambutnya nan ikal, mayang seludang, pipinya bak pauh dilayang, hidungnya mancung seludang,lehernya nan jinjang, betisnya bunting padi,jarinya tombak serai, bibirnya merah delima dan matanya melirik riang.Adapun kesemua ini merupakan penceria negara dan menjadi kesayangan rakyat di Negara ini. Dikatakan sekiranya ada puteri yang gering, sudah pasti akan suramlah suasana di Negara ini ibarat dilanggar garuda. Mereka telah diasuh oleh Ketua Inang, Puan Sri Nadiah Cempaka dengan penuh kasih sayang memandangkan mereka kehilangan bonda mereka semasa mereka masih kecil . Selain itu, kesemua puteri ini dijaga rapi oleh Ketua Pengawal Istana iaitu Laksamana Izni Aruna. Keselamatan dan pertahanan di Negara ini pula telah dijaga oleh Laksamana Zakky Arjuna dan dibantu oleh Panglima Azman Aduka.

Pada satu pagi yang hening, ketika Sultan sedang bersantap bersama pembesar diraja tiba-tiba ketua dayang Istana, Cik Sri Ain Kesuma berlari-lari masuk ke dewan santapan istana mengabarkan kepada sultan bahawa Tengku Intan Baiduri jatuh gering dan ini tersangatlah mendukacitakan baginda sultan. Maka seluruh pembesar Negara dipanggil menghadap sultan. Ahli nujum Negara iaitu Tun Nila Faris Utama memberitahu bahawa penyakit itu adalah jarang sekali berlaku dan amatlah sukar baginya untuk mencari penawarnya. Maka Orang Kaya Faizah dari Kampung Aman mencadangkan supaya diadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan puteri-puteri baginda. Dan cadangan ini telah dipersetujui oleh Dato’ Lela Mardhiyana, Dato’ Satria Ain Omar dan Dato’ Ija Kencana. Maka, Maulana Haji Kamaruzzaman telah dipanggil bagi mengetuai upacara tersebut. Selama tujuh hari tujuh malam upacara itu berlangsung,namun Tengku Intan tidak juga menunjukkan tanda-tanda ingin sembuh sebaliknya puteri yang lain turut menghidap penyakit yang sama.

Justeru, satu mesyuarat tergempar diadakan semula. Tetapi Dato’ Bentara Hazwan Perkasa dan Dato’ Aznur Durga tidak dapat hadir kerana sibuk menguruskan urusan luar dengan kerajaan Dupa Sentosa. Keadaan ini amatlah tidak menyenangkan hati sultan kerana baginda amat memerlukan buah fikiran dari seluruh pembesar istana. Namun mesyuarat tetap dijalankan. Maka, Dato’ Kelana Awanis mencadangkan supaya dicanangkan peristiwa itu kepada rakyat jelata supaya mereka dapat memberikan pendapat atau penawar yang terbaik untuk penyakit tuan puteri. Temenggung Abhar Andika telah ditugaskan untuk memberitahukan perkara tesebut kepada rakyat jelata. Tersebutlah kisah tatkala Gong Diraja dibunyikan oleh Panglima Fahmi Deman, maka tertanya-tanyalah rakyat jelata apakah yang telah berlaku di dalam istana dan kesemua mereka segera berkumpul di kota istana. ‘Hai Penduduk Negari Tiga Pura Kayangan. Adapun sekarang ini, Sultan Imran Syahbana amatlah berduka kerana puteri-puteri baginda kesemuanya gering. Maka barangsiapa yang dapat menyembuhkan penyakit ini, maka kalian akan dianugerahkan gelaran Tabib Di Raja.’. Maka, hebohlah seluruh rakyat apabila mendengar akan hal ini.

Di Pasar Semusim Berembun, Dang Huda Kejora si penjual sutera sibuk memperkatakan akan hal itu bersama Dang Athirah Telani, si penjual kopi dan Dang Anum Azmina, si penjual senjata maka terdengarlah akan hal tersebut oleh seorang penternak ikan haruan yang miskin iaitu Hang Zul. Maka pulanglah segera Hang Zul ke rumahnya dan memberitahukan perkara tersebut kepada bondanya iaitu Seri Fauziah Seroja yang sedang mengemping padi bersama Awang Hafiz dan isterinya Dang Laila Fatina. Hang Zul mencadangkan kepada bondanya supaya diberikan sahaja pati ikan haruan kepada puteri sultan.

Tatkala bondanya mendengar akan cadangan anaknya itu, maka bondanya berkata, ‘Hai anakku. Tidakkah kau takut sekiranya kau gagal maka kepalamu akan menjadi taruhan. Apakah kau tidak menyayangi nyawamu sendiri wahai anakku. Usahlah kau berniat begitu wahai anakku kerana kelak ia akan memakan dirimu sendiri. Lagipun kamu masih mentah lagi wahai anakku ’. Namun kata-kata si ibu tidak sedikitpun meninggalkan kesan kepada Hang Zul. Maka, pergilah Hang Zul ke istana dengan membawa pati ikan haruannya. Adapun ketika dia hendak masuk ke istana sultan, dia telah dihalang dari memasuki istana oleh Panglima Mustafa Bitara. Tatkala Hang Zul mengkhabarkan akan niatnya maka tergelaklah Panglima Mustafa sehingga berguling-gulinglah dia di lantai istana. Keadaan ini amatlah menimbulkan tanda tanya dayang-dayang yang berada disitu. Maka, dayang yang bernama Cik Seri Syakiroh Melati dan Cik Seri Nik Melana segera menghadap sultan bagi mengkhabarkan akan hal tersebut kepada sultan. Adapun setelah mendengar akan perkhabaran hal tersebut, maka segera lah Sultan Imran Syahbana memanggil Panglima Mustafa Bitara dan Hang Zul masuk menghadap di balairong istana. Lantas Hang Zul segera memulakan bicara, ‘Ampun tuanku beribu ampun sembah patik harap diampun. Adapun pacal yang hina ini datang menghadap kerana patik ingin sekali mencuba merawat penyakit puteri tuanku’. ‘ Baiklah. Beta benarkan. Tetapi kalau kamu gagal, kepalamu akan bakal beta sintuk ke tiang istana walaupun kamu masih belia’tingkah Sultan Imran.

Setelah Hang Zul memberikan pati ikan haruan itu kepada kesemua puteri sultan, dengan takdir Allah maka kesemua puteri baginda sembuh seperti sediakala. Adapun perkara ini amatlah menggembirakan hati sultan. ‘Wahai Hang Zul. Sesungguhnya beta amat bergembira dengan sembuhnya anakanda beta. Maka dengan ini beta menganugerahkan gelaran tabib Di Raja Iaitu Tun Habib Zul Adiwira kepada tuan hamba’. Maka baginda sultan mengarahkan supaya suatu majlis keramaian diadakan selama 40 hari 40 malam bagi meraikan kesembuhan puteri-puteri baginda dan perlantikan Hang Zul sebagai tabib Di Raja. Justeru tukang masak istana yang terkenal dengan kelazatan makanannya iaitu Tun Sri Sareh Lanang telah memasak hidangan yang istimewa bersama pembantunya Dang Ishah Kasturi, Dang Liana Zamrud dan Dang Hajar Kemboja untuk keraian tersebut. Sebanyak 300 ekor lembu telah ditumbangkan bagi menyediakan santapan diraja untuk diberi kepada semua rakyat jelata. Adapun pakaian persalinan untuk perlantikan Tabib Di Raja telah disediakan oleh Tukang Jahit Istana iaitu Cik Seri Julita Fasihah dan Cik Seri Mawar Izzati .

Hatta, dewan bagi majlis keraian itu juga telah disediakan oleh Dato’ Undang Teja Saleha dengan pembantunya Dang Wani Kinrara, Dang Azerah Telawi dan Dang Hidayah Purnama. Maka berlangsunglah majlis keramaian itu dengan gilang gemilang selama 40 hari 40 malam dengan dihiburkan oleh Panglipur Lara Di Raja iaitu Tun Hasna Amrita ,persembahan menora oleh Dang Nisa Juwita dan persembahan istimewa dari baginda Sultan Imran sendiri. Dikhabarkan majlis itu menyebabkan yang capik datang bertongkat, yang buta datang meraba dan yang sihat menyapa lalu. Sementa itu, tiadalah pernah berlaku peristiwa buruk yang melanda Negara Tiga Pura Kayangan dan kesemua rakyat hidup dengan aman dan sentosa.
TAMAT.
Sesungguhnya cerita dan watak-watak dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan hanya kebetulan sahaja. Tidak berkaitan antara yang hidup dengan yang mati.-Tinta Camar -

hati


Hati

Dia
Susah dijangka
Sedih
Rindu
Marah
Suka
Sayang
Entah apa lagi yang dirasa
Kadang-kang ikutkan hati
Jiwa tersiksa
Jiwa bahagia
Mana satu yang dipilih
Ikutkan hati binasa
Ikutkan hati kecewa
Tidur tak lena
Makan tak kenyang
Ibarat Laila dan Majnun
Kerna rindu tak bertempat
Kerna sayang katanya
Allah dilupakan
Kalau tidak disertakan dengan akal
Kerna hati yang membara
Kawan menjadi lawan
Sahabat menjadi musuh
Hilang kesopanannya
Fikirlah
Ikut kata hati
atau kata akal...

Thursday, April 16, 2009

Exam!Exam

huhu.salam buat semua.sekarang ni tgh minggu exam.ana ada lagi 2 paper lagi tp gapnye jauh2 belaka.tapi takpa boleh pulun sehabisnya.nak sangat dapat result yg best.hehe sekali sekala buatla bende yg bermanfaat dr mengelamun tak tentu pasal.geram sangat2 tetiba sekolah tersayang dh takde usrah(sekolah tersayang?biar betul).heheh.mana taknya dulu kami semua berhempas pulas pegi kem sana sini nak pastikan usrah kat sekolah berjaya tup2 bile adik2 kami takda langsug usrah.

Sunday, March 22, 2009

O&G clerkship

Alhamdulillah.Diam tak diam ana dah nak abis da study kat USM ni.sedar tak sedar dh pegi 5 clerkship.paling terasa masa g clerkship O&G la.betapa hebatNya ciptaan Allah.masa tunggu baby nak lahir rasa cam kesian kat mak yg nak lahirkan baby tu.hampir menitis air mata lihat betapa besarnya pengorbanan seorg ibu.padanlah jika seorg ibu meninggal ketika melahirkan anak,dikira mati syahid.Subhanallah.saat bayi yang comel dilahirkan,gembira tak terase baby tu selamat dilahirkan.kerapkali mengucap syukur kepada Allah(macam kite je parents budak tu).huhu.terbayang2 sampai takleh tido bila balik dr clerkshiptu.almaklumlah first time tgk.betapa hebatnya ciptaan Allah menciptakan seorg insan untuk bernafas di bumiNya ini.

Saturday, February 21, 2009

hari pertama

salam.ni kira first timela fathan wat blog ni.Fathan pon rasa cam tak caye je buat2 blogni.mungkin tgk sume org buat then fathan pon terasa nak buat.Alhamdulillah.Allah masih bg fathan bernafas di muka bumiNya ini.Kadang2 masa makin mendewasakan kita.Rasa macam tak percaya je umur makin bertambah tapi tersa diri ni kerdil dek sbb amalan masih di takat tu je.Fathan rasa bersalah ngan sahabat2 yg buat gerak kerja Islam tp fathan jarang join.Fathan rasa cam tak kuat bila kwn yg stau kos takda same.kecewa gak.malu bila tgk adik2 lg banyak buat keje berbanding diri sendiri.huhu.mungkin kena ubah paradigma kot.