? ??????????????Live, Love, Laugh? ????? ?????? ???Rating: 4.5 (6 Ratings)??45 Grabs Today. 10790 Total Gr
abs. ??????Get the Code?? ?? ???????????????????????????Bass Drop? ????? ?????? ???Rating: 4.7 (34 Ratings)??44 Grabs Today. 4515 Total Grabs. ??????Get the Code?? ?? ?????Subtle F BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday, April 28, 2009

Selamat Tinggal Buat Teman

Sayu rasa hati arini last paper ana.Tak sangka tadi paper terakhir ana sebagai pelajar USM.Lepas ni dah nak keje dah. Mungkin lebih banyak cabaran lagi2 dalam nak kekalkan diri dalam tarbiyyah and mencari org yg betul2 sefikrah.Petang Tadi berjumpa dgn junior satu kos.Kami memang baik dan adakalanya ana lebih selesa berkongsi rasa dengannya mungkin sbb kami sefikrah.Sayu rasanya nak berpisah lebih2 lagi td dia sanggup menemani ana makan+bersolat bersama+berkongsi rasa tentang pengalaman.ADakalanya malu ana dgn dia sbb dia lebih thiqah dari ana.Terima kasih dik farhana sbb sudi teman akak tadi and paling tak boleh lupa kata2 dia bila ana katakan macamna kalo kita susah nak maafkan apa yg org buat kat kita. Senangje'Pikirkan kebaikan org dan lihat balik keburukan kita'.Mendalam sungguh maknanya dan buatkan ana berfikir sejenak.Moga ukhuwwah yang terbina berkekalan.Thanks juga dik mastura,ayuni,husna,mazni,finaz and sufi for menerima akak seadanya and berkongsi ilmu dgn akak.

Friday, April 24, 2009

Rindu Asha

Alhamdulillah.tinggal lagi satu paper.rindu sama asha aka esah.Huhu.Camne la rupe dia sekarangni....Dah kawen dah adikku sorangni.Dah tak boleh kacau2 dah.Kalau dulu boleh lah nak men2 time baik umah sekarang dah jadi isteri orang susah sketla.Kami macam tak sangka da diam xdiam dah nak setahun dah dia kawen.huhu.Adikku yang matured.Hehe.Kakaknye je yang tak matured lagi.Haaha.Jangan jealous kalau mak mentua dia pon ingat dia yang sulung.Hehe.Jangan marah asha.Rindu sma kamu...Walaupun kalo jumpa xle kalo xgaduh.Hehe.Gaduh2 manja.

Saturday, April 18, 2009

kenangan


tetiba rase rindu nak jadi budak kecik balik.seronoknya dpt buat ape2 org tak marah.bila ingat2 balik,kecik2 nakal gak,sampai terkenal seantero kampung dengan kenakalannya.masa kecik pernah rosakkan barang orang tak marah,sekarang nak usik barang org sikit,dh merah dah muka org tu.nak tengok kartun depan tv dulu2 best je xde org nak berebut tv dgn kita. Sekarang kalau nak tgk kartun mesti org kata tak maturednye kamu. Dunia kanak2 ni indah.Berkawan je dgn sesiapa.Kadang2 berlainan bahasa pun masih boleh faham.Umi pernah ceritakan dulu ana ada kawan dr negara China namanya Usamah.Kami baik.Walaupun kami masing2 cakapnye berbeza,tp kami seolah2 faham antara satu sama lain.kami bermain bersama sambil bercakap bahasa yg berbeza,Usamah bercakap dgn telo Cinanya ana bercakap Melayu saat umi bawa ana g usrah.Sekarang bila dah dewasa,nak berkawan dgn org yang sama bahasa pun payah.susah nak memahami seseorg.Kadangkala kita berusaha untuk menghiburkan hati org tu tapi org tu pikir lain plak.Kan dah susah.Sepatutnya sebagai seorg Muslim kenalah sentiasa bersangka baik.Barulah harmoni masyarakat tu.

hikayat batch 05/09


HIKAYAT NEGARA TIGA PURA KAYANGAN.
Arakian tersebutlah kisah satu negara yang dinamakan Negeri Tiga Pura Kayangan. Adapun negeri ini terkenal dengan kemakmuran dan keamanannya di bawah pemerintahan Sultan Imran Syahbana. Hatta, rajanya merupakan seorang pemerintah yang adil serta saksama dan disayangi oleh sekalian rakyat jelata. Pemerintahan raja ini dibantu oleh seorang bendahara perempuan yang berdedikasi dan bijaksana digelar Tun Fathimah Setia. Adapun tugas bendahara ini meliputi kebajikan rakyat termasuklah menyampaikan sebarang maklumat kepada sekalian rakyat. Dikatakan di negeri ini terdapat seorang pemegang perbendaharaan Negara yang baik hati dikenali sebagai Tun Fhasliana Kurnia. Adapun tugas Tun Fhasliana ini adalah mengutip segala cukai bulanan dari setiap rakyat termasuk baginda sultan.

Hatta, semua urusan pemerintahan Negara diuruskan oleh kaum perempuan memandangkan Negara ini kekurangan kaum lelaki. Di dalam Negara ini terdapat dua orang yang dipertanggugjawabkan untuk menjaga pelabuhan dan membuka pintu pelabuhan kepada pedagang untuk berdagang di negara ini iaitu Dato’ Syahbandar Hanani Kenanga dan Dato’ Syahbandar Afif Perwira. Arakian juga di Negara ini terdapat 8 orang puteri diberi nama Tengku Intan Baiduri, Tengku Suhada Sejinjang, Tengku Aimi Cendana, Tengku Rabiatul Permata, Tengku Nilam Fauzana, Tengku Ida Kirana, Tengku Sarah Selindung Bulan dan Tengku Syafiqah Delima. Kecantikan puteri-puteri ini digambarkan seperti rambutnya nan ikal, mayang seludang, pipinya bak pauh dilayang, hidungnya mancung seludang,lehernya nan jinjang, betisnya bunting padi,jarinya tombak serai, bibirnya merah delima dan matanya melirik riang.Adapun kesemua ini merupakan penceria negara dan menjadi kesayangan rakyat di Negara ini. Dikatakan sekiranya ada puteri yang gering, sudah pasti akan suramlah suasana di Negara ini ibarat dilanggar garuda. Mereka telah diasuh oleh Ketua Inang, Puan Sri Nadiah Cempaka dengan penuh kasih sayang memandangkan mereka kehilangan bonda mereka semasa mereka masih kecil . Selain itu, kesemua puteri ini dijaga rapi oleh Ketua Pengawal Istana iaitu Laksamana Izni Aruna. Keselamatan dan pertahanan di Negara ini pula telah dijaga oleh Laksamana Zakky Arjuna dan dibantu oleh Panglima Azman Aduka.

Pada satu pagi yang hening, ketika Sultan sedang bersantap bersama pembesar diraja tiba-tiba ketua dayang Istana, Cik Sri Ain Kesuma berlari-lari masuk ke dewan santapan istana mengabarkan kepada sultan bahawa Tengku Intan Baiduri jatuh gering dan ini tersangatlah mendukacitakan baginda sultan. Maka seluruh pembesar Negara dipanggil menghadap sultan. Ahli nujum Negara iaitu Tun Nila Faris Utama memberitahu bahawa penyakit itu adalah jarang sekali berlaku dan amatlah sukar baginya untuk mencari penawarnya. Maka Orang Kaya Faizah dari Kampung Aman mencadangkan supaya diadakan solat hajat bagi mendoakan kesejahteraan puteri-puteri baginda. Dan cadangan ini telah dipersetujui oleh Dato’ Lela Mardhiyana, Dato’ Satria Ain Omar dan Dato’ Ija Kencana. Maka, Maulana Haji Kamaruzzaman telah dipanggil bagi mengetuai upacara tersebut. Selama tujuh hari tujuh malam upacara itu berlangsung,namun Tengku Intan tidak juga menunjukkan tanda-tanda ingin sembuh sebaliknya puteri yang lain turut menghidap penyakit yang sama.

Justeru, satu mesyuarat tergempar diadakan semula. Tetapi Dato’ Bentara Hazwan Perkasa dan Dato’ Aznur Durga tidak dapat hadir kerana sibuk menguruskan urusan luar dengan kerajaan Dupa Sentosa. Keadaan ini amatlah tidak menyenangkan hati sultan kerana baginda amat memerlukan buah fikiran dari seluruh pembesar istana. Namun mesyuarat tetap dijalankan. Maka, Dato’ Kelana Awanis mencadangkan supaya dicanangkan peristiwa itu kepada rakyat jelata supaya mereka dapat memberikan pendapat atau penawar yang terbaik untuk penyakit tuan puteri. Temenggung Abhar Andika telah ditugaskan untuk memberitahukan perkara tesebut kepada rakyat jelata. Tersebutlah kisah tatkala Gong Diraja dibunyikan oleh Panglima Fahmi Deman, maka tertanya-tanyalah rakyat jelata apakah yang telah berlaku di dalam istana dan kesemua mereka segera berkumpul di kota istana. ‘Hai Penduduk Negari Tiga Pura Kayangan. Adapun sekarang ini, Sultan Imran Syahbana amatlah berduka kerana puteri-puteri baginda kesemuanya gering. Maka barangsiapa yang dapat menyembuhkan penyakit ini, maka kalian akan dianugerahkan gelaran Tabib Di Raja.’. Maka, hebohlah seluruh rakyat apabila mendengar akan hal ini.

Di Pasar Semusim Berembun, Dang Huda Kejora si penjual sutera sibuk memperkatakan akan hal itu bersama Dang Athirah Telani, si penjual kopi dan Dang Anum Azmina, si penjual senjata maka terdengarlah akan hal tersebut oleh seorang penternak ikan haruan yang miskin iaitu Hang Zul. Maka pulanglah segera Hang Zul ke rumahnya dan memberitahukan perkara tersebut kepada bondanya iaitu Seri Fauziah Seroja yang sedang mengemping padi bersama Awang Hafiz dan isterinya Dang Laila Fatina. Hang Zul mencadangkan kepada bondanya supaya diberikan sahaja pati ikan haruan kepada puteri sultan.

Tatkala bondanya mendengar akan cadangan anaknya itu, maka bondanya berkata, ‘Hai anakku. Tidakkah kau takut sekiranya kau gagal maka kepalamu akan menjadi taruhan. Apakah kau tidak menyayangi nyawamu sendiri wahai anakku. Usahlah kau berniat begitu wahai anakku kerana kelak ia akan memakan dirimu sendiri. Lagipun kamu masih mentah lagi wahai anakku ’. Namun kata-kata si ibu tidak sedikitpun meninggalkan kesan kepada Hang Zul. Maka, pergilah Hang Zul ke istana dengan membawa pati ikan haruannya. Adapun ketika dia hendak masuk ke istana sultan, dia telah dihalang dari memasuki istana oleh Panglima Mustafa Bitara. Tatkala Hang Zul mengkhabarkan akan niatnya maka tergelaklah Panglima Mustafa sehingga berguling-gulinglah dia di lantai istana. Keadaan ini amatlah menimbulkan tanda tanya dayang-dayang yang berada disitu. Maka, dayang yang bernama Cik Seri Syakiroh Melati dan Cik Seri Nik Melana segera menghadap sultan bagi mengkhabarkan akan hal tersebut kepada sultan. Adapun setelah mendengar akan perkhabaran hal tersebut, maka segera lah Sultan Imran Syahbana memanggil Panglima Mustafa Bitara dan Hang Zul masuk menghadap di balairong istana. Lantas Hang Zul segera memulakan bicara, ‘Ampun tuanku beribu ampun sembah patik harap diampun. Adapun pacal yang hina ini datang menghadap kerana patik ingin sekali mencuba merawat penyakit puteri tuanku’. ‘ Baiklah. Beta benarkan. Tetapi kalau kamu gagal, kepalamu akan bakal beta sintuk ke tiang istana walaupun kamu masih belia’tingkah Sultan Imran.

Setelah Hang Zul memberikan pati ikan haruan itu kepada kesemua puteri sultan, dengan takdir Allah maka kesemua puteri baginda sembuh seperti sediakala. Adapun perkara ini amatlah menggembirakan hati sultan. ‘Wahai Hang Zul. Sesungguhnya beta amat bergembira dengan sembuhnya anakanda beta. Maka dengan ini beta menganugerahkan gelaran tabib Di Raja Iaitu Tun Habib Zul Adiwira kepada tuan hamba’. Maka baginda sultan mengarahkan supaya suatu majlis keramaian diadakan selama 40 hari 40 malam bagi meraikan kesembuhan puteri-puteri baginda dan perlantikan Hang Zul sebagai tabib Di Raja. Justeru tukang masak istana yang terkenal dengan kelazatan makanannya iaitu Tun Sri Sareh Lanang telah memasak hidangan yang istimewa bersama pembantunya Dang Ishah Kasturi, Dang Liana Zamrud dan Dang Hajar Kemboja untuk keraian tersebut. Sebanyak 300 ekor lembu telah ditumbangkan bagi menyediakan santapan diraja untuk diberi kepada semua rakyat jelata. Adapun pakaian persalinan untuk perlantikan Tabib Di Raja telah disediakan oleh Tukang Jahit Istana iaitu Cik Seri Julita Fasihah dan Cik Seri Mawar Izzati .

Hatta, dewan bagi majlis keraian itu juga telah disediakan oleh Dato’ Undang Teja Saleha dengan pembantunya Dang Wani Kinrara, Dang Azerah Telawi dan Dang Hidayah Purnama. Maka berlangsunglah majlis keramaian itu dengan gilang gemilang selama 40 hari 40 malam dengan dihiburkan oleh Panglipur Lara Di Raja iaitu Tun Hasna Amrita ,persembahan menora oleh Dang Nisa Juwita dan persembahan istimewa dari baginda Sultan Imran sendiri. Dikhabarkan majlis itu menyebabkan yang capik datang bertongkat, yang buta datang meraba dan yang sihat menyapa lalu. Sementa itu, tiadalah pernah berlaku peristiwa buruk yang melanda Negara Tiga Pura Kayangan dan kesemua rakyat hidup dengan aman dan sentosa.
TAMAT.
Sesungguhnya cerita dan watak-watak dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan hanya kebetulan sahaja. Tidak berkaitan antara yang hidup dengan yang mati.-Tinta Camar -

hati


Hati

Dia
Susah dijangka
Sedih
Rindu
Marah
Suka
Sayang
Entah apa lagi yang dirasa
Kadang-kang ikutkan hati
Jiwa tersiksa
Jiwa bahagia
Mana satu yang dipilih
Ikutkan hati binasa
Ikutkan hati kecewa
Tidur tak lena
Makan tak kenyang
Ibarat Laila dan Majnun
Kerna rindu tak bertempat
Kerna sayang katanya
Allah dilupakan
Kalau tidak disertakan dengan akal
Kerna hati yang membara
Kawan menjadi lawan
Sahabat menjadi musuh
Hilang kesopanannya
Fikirlah
Ikut kata hati
atau kata akal...

Thursday, April 16, 2009

Exam!Exam

huhu.salam buat semua.sekarang ni tgh minggu exam.ana ada lagi 2 paper lagi tp gapnye jauh2 belaka.tapi takpa boleh pulun sehabisnya.nak sangat dapat result yg best.hehe sekali sekala buatla bende yg bermanfaat dr mengelamun tak tentu pasal.geram sangat2 tetiba sekolah tersayang dh takde usrah(sekolah tersayang?biar betul).heheh.mana taknya dulu kami semua berhempas pulas pegi kem sana sini nak pastikan usrah kat sekolah berjaya tup2 bile adik2 kami takda langsug usrah.