Dah lama tak menulis.Hehe.Sekadar nak cerita pasal macamne mendaftar keje ritu.penatnye Allahje yg tahu.Pagi2 terpaksa bgn awl dr biasa sbb nak jumpe pak halim dulu nak mintak pengesahan sijil. sekalitu dtg2 pak halim xde.sib baik cikgu hamidah yg ajar time sek ren ade. last2 mintak kat diaje. habisje pengesahan sijil, leong telefon kata pendaftaran dah start.punyela kalut tak tahu nak ckp macamne.dapat amik taxitu plak dia ikt jln jauh plak.bila sampaije jkn, rupenye relaxje.sabarjela.leong rupenye salah msk bilik.huhu.lepas ke jkn,pg bhg farmasi plak.skali dgn lg sorg dak usm.skali bila pg,ktorg xsama hosp.maka terpksela tunggu lg sorg dak usmni yg sama hosp sbb dia bukan org sini.sambiltu sempatle beli kasut br .hehe.banyaknye borg tak lengkp.terpkse g bank n kwsp dgn kaki kami.maka mengomellah kawan yg sorgtu sbb rase cam nak tercabut kakinye.hehe.kite pon sakit kaki sbb pakai kasut baru tp sajeje tunjuk relaxje.haha.then after kwsp,kitorg g bhg fmc balik lps solat ngn lunch.then g hospital plak.sib baik famasi kat situ bawak jln sktje.kalo x mau nangis.huhu.after tu trus balik.tunggu bus pnye lame.balik umah trus syahid.hehe.the nx day tu dh trus keje.sib baik enforcementje.xbnyk keje.dtg2 trus dbwk ke open house.hehe.rezeki...
Wednesday, October 14, 2009
Friday, August 21, 2009
Pengalaman satu hari jadi cikgu.
Hari Selasa aritu kira macam bersejarah gak lah. Sebab dapat offer jadi cikgu bidan terjun kat area Sunny Point tu balik dr keje ra sebab kawan xdapat datang. Masa dia kol soh ganti dia tu taktau pulak nak kena buat apa. Sib baik cikgu dua orang. Kak wardah la yg bagi arahan banyak2 sbb tak reti menjerit sgt macam cikgu. Tugas kami mudahje. Hanya bantu budak2 sekolah buat keje sekolah yang mana diorg tak faham tu kenela ajar. Ingatkan macam tutor biase. So mula2 tu bahasakan diri akak jela. Sekali tu ’’ustazah, saya nak balik ni“,“ustazah, ustazah tau tak macam mana nak hafal sifir macam yg ustaz hari tu ajar“, ustazah nak itu dan nak ini. Berpusing-pusing gak nak layan. Tak pasal2 jadi ustazah free. Hehe. Ada satu student darjah lima ni kesian dia. terpaksa ajar satu2 pasal sains, kesan haba terhadap penguapan then takat didih air sebab dia tak faham bahasa inggeris. Budaknya rajin bawak buku latihan tapi sbb tak faham bahasa inggeris satu soalan amik masa satu jam nak buat. Kene fokus je kat dia. Susah jugak jadi cikgu ni. Mungkin tu lah sebabnye kalau nak berjaya kena dapat keredhaan dari guru dulu. Erm. Moga dapat g peluang lagi tuk jumpa budak2ni lagi.hehe
Posted by TiNTa CamAr at 1:11 AM
Monday, August 17, 2009
Sunday, August 16, 2009
Convocation Day (13 August 2009)
Terasa sedey sbb xdpt take pictures with my best friend awanis time convo & lepas ni taktau la bley jumpe kengkawan lagi ke tak sebab sume dh ikut haluan masing2।:(
Posted by TiNTa CamAr at 7:31 PM
Tuesday, July 21, 2009
Advantage of not having Lovers:)
1-save time and money.
2-Can sleep well and not tense
3-Dont' have to think about miss calls and no xtra sim card.
4-Dont' have to worry at how u look
5-No SMS in mid nite
6-No need to recharge everyday and save electricity.
7-Can talk with anybody without worried.
8-Go anywhere with anybody coz no need to accompany him/her.
9-Live become peace and enjoy
p/s:This msg I got from my sempai.Is it true?
Posted by TiNTa CamAr at 12:23 AM 3 comments
Sekadar berkongsi Rasa
Salam.dah lama tak update blogni.Alhamdulillah Allah masih benarkan hambaNya ini bernafas di bumi Allah yang indah ni.Semalam tamat dah baca cerita Ikrimah bin Abi Jahal.Alangkah mulianya beliau sesudah merasai kenikmatan Islam.Bagaimana beliau yang dahulunya sanggup memperjuangkan hartanya untuk menentang Muhammad setelah mendapat hidayah sanggup memperjuangkan harta dan nyawanya demi memelihara agama islam dan nabi Muhammad. Mungkin pada awal kemasukannya dalam Islam beliau ada sedikit tersinggung dgn kata2 penduduk Mekah mengenai beliau yg merupakan anak Abu Jahal yang semestinya bersifat seperti Abu Jahal tp itu tidak menyebabkan beliau terus menghayun pedang ke atas mereka yang mengatakan sedemikian seperti sblm beliau mndapat hidayah.Beliau merupakan panglima yang digeruni pada zaman itu.Beliau juga merupakan panglima tentera dalam menyokong pemerintahan Abu Bakar dan memerangi kaum2 yang murtad serta nabi2 palsu setelah kewafatan nabi Muhammad. Alhamdulillah, hampir semua nabi2 palsu tersebut dapat ditewaskan oleh tentera Islam di bawah pimpinannya dan beberapa org panglima perang yang lain seperti Khalid Al Walid.Harapannya cuma satu,mati syahid di medan jihad dan hajatnya itu dimakbulkan Allah sewaktu beliau menjadi tentera berani mati bersama 400org Islam yang ditubuhkan beliau ketika menentang kerajaan Rom.Walaupun mendapat tentangan dr Khalid AlWalid kerana pada ketika itu tentera Rom mempunyai bilangan yang ramai tapi beliau tidak berganjak dengan keputusannya dan tentera yang ditubuhkannya itu berjaya mengalahkan tentera Rom dan beliau gugur sebagai syuhada'
Posted by TiNTa CamAr at 12:02 AM 0 comments
Thursday, June 11, 2009
Tahniah Tina& Hafiz
Tahniah Hafiz&Tina sbb dpt baby girl yg sangat comel. Nilah baby tina& hafiz.Nama dia nur nadia nafeesha.Best2.Tapi tak sempat lagi tengok.Jauh sangat kat Terengganu.Haha.dah jadi makcik da kami.Moga nadia menjadi anak yg solehah dan berbakti pada mama+papa dia.
Posted by TiNTa CamAr at 7:10 PM 0 comments
Monday, June 8, 2009
Untukmu Sahabat
Sahabat
Terima Kasih untuk segalanya
Kerna Kau menjadi pendengar setia
Mendengar luahan rasa
diri yang tidak seberapa
Menjadi penghibur diri
Saatku berduka
Memberiku semangat
Di kalaku putus harapan
Walaupun adakalanya diri ni sirna
Membuat dirimu terluka
Dgn kataku yang berbisa
namun kau tetap setia
menerimaku seadanya
Maafkan diriku wahai sahabat
andai diriku khilaf
Untuk kesilapanku yang tak terkira banyaknya
Semoga persahabatan kita kekal selamanya
Kerna sukar untuk kucari
Sahabat semulia dirimu
sampai bila-bila.
Posted by TiNTa CamAr at 7:55 PM 0 comments
Alhamdulillah
Alhamdulillah.Bersyukur sangat saya.Nak tahu nape?Seronok sangat umi ngan abi dapat tunaikan haji tahun ni. Bermakna umi and abi g haji umur 44 thn.Tak sia2 org panggil abi haji kamal.Walaupun abi tak g haji lagi org panggil abi aji.Tapi yg tak best terpakselah menjaga adik2 kat umah n memberanikan diri pegang stereng.kalaulah dapat kete auto kan senang.smoga sempat beli kete auto.Cik Yam SPM tahun ni,alamat susah sket nak control adik2 yg lelaki ni.Harapnya Cik Esah n hubby balikla cuti bulan 11 ni.Ade drebar n tukang masak.Jangan marah ye huzai n asha.Balikye korang.Practice.Hehe.Sonang sket kojo den.
Posted by TiNTa CamAr at 6:55 PM 0 comments
Wednesday, June 3, 2009
BeRiLaH KemaAfan WalauPun Ia Pahit
" KEMENANGAN DAN KEMEGAHAN BUKAN SAJA TERLETAK PADA KESANGGUPAN MEREBAH LAWAN TETAPI DAPAT MELAWAN KEMARAHAN HATI ITU JUGA SUATU KEMENANGAN YANG AMAT BERERTI ". ( WALLAHUALLAM)
(MUTIARA HADIS) SESEORANG HAMBA MANUSIA BERKATA, HARTAKU, HARTAKU PADAHAL HARTANYA YANG SESUNGGUHNYA HANYA TIGA MACAM. Pertama APA YANG DIMAKANNYA LALU HABIS, Kedua APA YANG DIPAKAINYA LALU LUSUH. Ketiga APA YANG DISEDEKAHKANNYA LALU TERSIMPAN DIAKHIRAT. SELAIN DARI YANG TIGA MACAM ITU LENYAP ATAU TINGGALKANNYA BAGI ORANG LAIN. (PETIKAN RIWAYAT SAHIH MUSLIM
Posted by TiNTa CamAr at 6:14 PM 0 comments
Wednesday, May 27, 2009
perubahan diri saya
salam.hari tu saya berbual ngan awanis,kawan baik saya kat usm.saya kata saya dulu pemalu dan pendiam.tapi awanis tak percaya.saya sendiri pon tak percaya.tapi memang itulah hakikatnya. Terima kasih pada kengkawan kat usm yg selalu push jadi leader.sekarang jadi berani.dulu kat sekolah org tak kenal pon.org kenal saya pon sbb saya baik ngn org y famous
(pen ketua murid n atlet sekolah).in fact ade batch sendiri ingt saya form 4 baru padahal duk sekolah tu dr form 1 lagi.kat sekolah pon org gelar bdk pompuan al-ahzan yg paling senyap skali.iye ke?haha.rasa pon tak caya.sekrg memang peramah sungguh.tapi rasenye dgn awanis je kot.hehe.jangan marah awanis
Posted by TiNTa CamAr at 6:24 PM 1 comments
Tuesday, April 28, 2009
Selamat Tinggal Buat Teman
Sayu rasa hati arini last paper ana.Tak sangka tadi paper terakhir ana sebagai pelajar USM.Lepas ni dah nak keje dah. Mungkin lebih banyak cabaran lagi2 dalam nak kekalkan diri dalam tarbiyyah and mencari org yg betul2 sefikrah.Petang Tadi berjumpa dgn junior satu kos.Kami memang baik dan adakalanya ana lebih selesa berkongsi rasa dengannya mungkin sbb kami sefikrah.Sayu rasanya nak berpisah lebih2 lagi td dia sanggup menemani ana makan+bersolat bersama+berkongsi rasa tentang pengalaman.ADakalanya malu ana dgn dia sbb dia lebih thiqah dari ana.Terima kasih dik farhana sbb sudi teman akak tadi and paling tak boleh lupa kata2 dia bila ana katakan macamna kalo kita susah nak maafkan apa yg org buat kat kita. Senangje'Pikirkan kebaikan org dan lihat balik keburukan kita'.Mendalam sungguh maknanya dan buatkan ana berfikir sejenak.Moga ukhuwwah yang terbina berkekalan.Thanks juga dik mastura,ayuni,husna,mazni,finaz and sufi for menerima akak seadanya and berkongsi ilmu dgn akak.
Posted by TiNTa CamAr at 11:14 AM 0 comments
Friday, April 24, 2009
Rindu Asha
Alhamdulillah.tinggal lagi satu paper.rindu sama asha aka esah.Huhu.Camne la rupe dia sekarangni....Dah kawen dah adikku sorangni.Dah tak boleh kacau2 dah.Kalau dulu boleh lah nak men2 time baik umah sekarang dah jadi isteri orang susah sketla.Kami macam tak sangka da diam xdiam dah nak setahun dah dia kawen.huhu.Adikku yang matured.Hehe.Kakaknye je yang tak matured lagi.Haaha.Jangan jealous kalau mak mentua dia pon ingat dia yang sulung.Hehe.Jangan marah asha.Rindu sma kamu...Walaupun kalo jumpa xle kalo xgaduh.Hehe.Gaduh2 manja.
Posted by TiNTa CamAr at 7:45 PM 2 comments
school family
Saturday, April 18, 2009
kenangan
Posted by TiNTa CamAr at 7:45 PM 3 comments
school memory
hikayat batch 05/09
Arakian tersebutlah kisah satu negara yang dinamakan Negeri Tiga Pura Kayangan. Adapun negeri ini terkenal dengan kemakmuran dan keamanannya di bawah pemerintahan Sultan Imran Syahbana. Hatta, rajanya merupakan seorang pemerintah yang adil serta saksama dan disayangi oleh sekalian rakyat jelata. Pemerintahan raja ini dibantu oleh seorang bendahara perempuan yang berdedikasi dan bijaksana digelar Tun Fathimah Setia. Adapun tugas bendahara ini meliputi kebajikan rakyat termasuklah menyampaikan sebarang maklumat kepada sekalian rakyat. Dikatakan di negeri ini terdapat seorang pemegang perbendaharaan Negara yang baik hati dikenali sebagai Tun Fhasliana Kurnia. Adapun tugas Tun Fhasliana ini adalah mengutip segala cukai bulanan dari setiap rakyat termasuk baginda sultan.
TAMAT.
Sesungguhnya cerita dan watak-watak dalam cerita ini hanyalah rekaan semata-mata dan hanya kebetulan sahaja. Tidak berkaitan antara yang hidup dengan yang mati.-Tinta Camar -
Posted by TiNTa CamAr at 6:09 PM 2 comments
school nukilan
hati
Dia
Susah dijangka
Sedih
Rindu
Marah
Suka
Sayang
Entah apa lagi yang dirasa
Kadang-kang ikutkan hati
Jiwa tersiksa
Jiwa bahagia
Mana satu yang dipilih
Ikutkan hati binasa
Ikutkan hati kecewa
Tidur tak lena
Makan tak kenyang
Ibarat Laila dan Majnun
Kerna rindu tak bertempat
Kerna sayang katanya
Allah dilupakan
Kalau tidak disertakan dengan akal
Kerna hati yang membara
Kawan menjadi lawan
Sahabat menjadi musuh
Hilang kesopanannya
Fikirlah
Ikut kata hati
atau kata akal...
Posted by TiNTa CamAr at 6:05 PM 0 comments
school nukilan
Thursday, April 16, 2009
Exam!Exam
huhu.salam buat semua.sekarang ni tgh minggu exam.ana ada lagi 2 paper lagi tp gapnye jauh2 belaka.tapi takpa boleh pulun sehabisnya.nak sangat dapat result yg best.hehe sekali sekala buatla bende yg bermanfaat dr mengelamun tak tentu pasal.geram sangat2 tetiba sekolah tersayang dh takde usrah(sekolah tersayang?biar betul).heheh.mana taknya dulu kami semua berhempas pulas pegi kem sana sini nak pastikan usrah kat sekolah berjaya tup2 bile adik2 kami takda langsug usrah.
Posted by TiNTa CamAr at 5:45 PM 2 comments
school final year usm
Sunday, March 22, 2009
O&G clerkship
Alhamdulillah.Diam tak diam ana dah nak abis da study kat USM ni.sedar tak sedar dh pegi 5 clerkship.paling terasa masa g clerkship O&G la.betapa hebatNya ciptaan Allah.masa tunggu baby nak lahir rasa cam kesian kat mak yg nak lahirkan baby tu.hampir menitis air mata lihat betapa besarnya pengorbanan seorg ibu.padanlah jika seorg ibu meninggal ketika melahirkan anak,dikira mati syahid.Subhanallah.saat bayi yang comel dilahirkan,gembira tak terase baby tu selamat dilahirkan.kerapkali mengucap syukur kepada Allah(macam kite je parents budak tu).huhu.terbayang2 sampai takleh tido bila balik dr clerkshiptu.almaklumlah first time tgk.betapa hebatnya ciptaan Allah menciptakan seorg insan untuk bernafas di bumiNya ini.
Posted by TiNTa CamAr at 6:28 AM 0 comments
school final year usm
Saturday, February 21, 2009
hari pertama
salam.ni kira first timela fathan wat blog ni.Fathan pon rasa cam tak caye je buat2 blogni.mungkin tgk sume org buat then fathan pon terasa nak buat.Alhamdulillah.Allah masih bg fathan bernafas di muka bumiNya ini.Kadang2 masa makin mendewasakan kita.Rasa macam tak percaya je umur makin bertambah tapi tersa diri ni kerdil dek sbb amalan masih di takat tu je.Fathan rasa bersalah ngan sahabat2 yg buat gerak kerja Islam tp fathan jarang join.Fathan rasa cam tak kuat bila kwn yg stau kos takda same.kecewa gak.malu bila tgk adik2 lg banyak buat keje berbanding diri sendiri.huhu.mungkin kena ubah paradigma kot.
Posted by TiNTa CamAr at 4:39 PM 0 comments